Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi ke-20 (AMMSTI-20), yang diadakan pada 7 Jun 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-85 (COSTI-85) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan, yang diadakan dari 4 Jun hingga 6 Jun 2024, di Siem Reap, Kemboja.